Up next

Siti Nurhaliza - Bicara Luka(Official Lyric Video)

4,231 Views· 12/12/23
SuriaRecordsSRC
SuriaRecordsSRC
1,955 Subscribers
1,955
In Music

“Siti Nurhaliza” ialah album studio sulung eponim Siti Nurhaliza selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995, terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996 dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit. Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff. Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini. Trivia tentang "Bicara Luka" "Bicara Luka" merupakan satu-satunya karya yang di sumbangkan oleh penulis lirik yang terkenal pada zamannya Amran Omar di dalam album ini. Lagu ini juga merupakan lagu kedua dan yang terakhir di tulis oleh komposer Fauzi Marzuki buat album ini.

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next