Tart Nenas Gulung Gebu & Homemade Jem Nenas
Hi Semua, Assalamualaikum, Kali ini jom kita tengok cara-cara untuk buat kuih no.1 kegemaran Che Nom iaitu tart nanas. Tart nenas ni ada bnyk jenis, dan biasanya CN akan buat versi tart nanas gulung. Ada 2 bahagian dalam video ni..yg pertama cara untuk sediakan inti atau jem nanas homemade, kita hasilkan inti nanas dari buah fresh, dan kemudian masak sehingga pekat keemasan. Bahagian kedua, CN akan sediakan tart nenas, dan resepi kali ni adalah upgrade dari resepi pada video Che Nom yang lepas, dan test betul2, sukatan pun lebih tepat dalam cawan dan gram. Hasil nanti kita akan dapat tart nanas yang tak mudah pecah, tekstur yang gebu..dan cair di mulut bila makan…kena pula dengan inti nanas yg masam manis tu, memang terbaik. Anggaran hasil: 60-70 biji ikut saiz //Bahasa Melayu -------------------------------- Bahan-bahan untuk inti nanas: 2 biji nanas 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 helai daun pandan 1 cawan gula ½ sudu kecil garam **jika guna mentega unsalted Tambah lagi 1 cawan gula Bahan-bahan untuk tart nanas: 250g (1 cawan) mentega 375g (3 cawan) tepung gandum 60g ( ½ cawan) tepung jagung 20g (2 sudu besar) tepung kastad ½ sudu kecil garam 2 kuning telur 2 sudu besar susu pekat 14g (1 sudu besar) gula kastor Bahan-bahan untuk sapuan telur: 2 kuning telur 2 sudu besar minyak Sedikit pewarna kuning //English --------------------- Ingredients for pineapple jam: 2 pineapples 1 cinnamon stick 2 cloves 2 pandan leaves 1 cup sugar ½ teaspoon salt **if using unsalted butter Add another 1 cup of sugar Ingredinets for pineapple tart: 250g (1 cup) butter 375g (3 cups) plain flour 60g (½ cup) cornstarch 20g (2 tablespoon) custard powder ½ teaspoon salt 2 eggyolk 2 tablespoon sweetened condensed milk 14g (1 tablespoon) caster sugar Ingredinets for eggwash: 2 eggyolk 2 tablespoon oil Few drops of yellow food coloring Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook