Avanti il prossimo

Ferhad - Definasi Cinta (Official Music Video)

4,967 Visualizzazioni· 10/28/23
Warner Music Malaysia
Warner Music Malaysia
1,373 Iscritti
1,373
In Music

‘Definasi Cinta’ merupakan sebuah lagu yang dicipta melodi dan liriknya oleh Dr. Irma serta susunan muzik garapan Iswandy Atan. Lagu ini berkisarkan tentang maksud dan rasa emosi cinta itu sendiri , Defin”A”si Cinta membawa maksud “definisi cinta AKU’ kerana cinta ditafsirkan berlainan pada hati yang berbeza. Cinta pada yang Esa, cinta pada suami/isteri, cinta pada kekasih mahupun ibu bapa. Cinta perlu wujud dalam hidup setiap insan kerana tanpa cinta, hidup akan kelam jalannya dan impian tiada dalam jiwa. Seperti lagu tanpa irama, seperti bintang tanpa cahaya, seperti diri tiada pedoman. Disuntik sentuhan magis tersendiri Dr. Irma, Ferhad menjadikan Definasi Cinta sebagai hadiah kepada para peminat yang menantikan kemunculan semula beliau di persada seni tanah air. Sentuhan yang cukup unik dan bakal memberi impak mendalam pada para pendengar dan juga para peminat muzik tempatan. Lagu ini juga dihasilkan sebagai tanda penghargaan beliau kepada peminat-peminat yang tidak putus memberikan sokongan sepanjang karier beliau.

Mostra di più

 0 Commenti sort   Ordina per


Avanti il prossimo