Brownies Kedut dan 5 TIPS dapatkan kedut yang konsisten.
Siapa yang suka makan brownies, tapi bila buat brownies susah sangat nak jadi kedut? Ha cepat angkat tangan. Che Nom pun sama mcam tu juga dulu, sekejap jadi sekejap tak jadi. Kalau jadi pun alahhh setompok kecik aje kedut,memang frust lah. Kemudian Che Nom nekad untuk cuba banyak kali sampailah dapat permukaan kedut yang konsisten setiap kali bakar brownies. Brownies ni adalah kek coklat yang bantat sebenarnya dan org kita sangat lah obsess dengan kedutan brownies, ibarat kalau tak kedut tu tak happy. Dari segi tekstur, ada yang gemar sedikit lembut mcm kek, dan ada yang suka jenis moist, padat dan fudgy. Che Nom akan tunjuk semua yang and perlu tahu untuk hasilkan brownies yang bukan sahaja kedut, tapi rasa pun premium. Nak tau tips dan cresepinya nya..jom lah layan video ni. Saiz loyang 9inci x 9inci Suhu 135°C-140°C Masa 30-40 minit Panas Oven ATAS BAWAH NOTA PENTING: Jika suka brownies yang fudgy, guna tepung gandum dan kurangkan masa pembakaran. //Bahasa Melayu ------------------------------ 350g coklat gelap 150g mentega tak bergaram 130g tepung naik sendiri 20g serbuk koko 3 biji telur, saiz A atau B 150g gula perang 1 sudu kecil esen vanila 3-4 sudu kecil kopi espresso ¼ sudu kecil garam //English ------------------------------- 350g dark chocolate 150g unsalted butter 130g self raising flour 20g cocoa powder 3 eggs, size A or B 150g brown sugar 1 teaspoon vanilla essence 3-4 teaspoons espresso coffee ¼ teaspoon salt Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom