Sotong Goreng Tepung Rangup anti-meletup, anti-tanggal dan homemade Sos cicah ala Thai
Kali ni Che Nom nak share resepi Sotong Goreng Tepung yang memang favourite semua orang dalam rumah, dan kalau pergi Kuala Perlis pun memang wajib order sotong goreng tepung nih. Che Nom akan share juga cara nak buat sos cili Thai homemade untuk dipadankan sekali. Nak sediakan hidangan ni biasanya ada 3 cabaran besar. Pertama tepung salut tak melekat. Kedua sotong meletop mcam bom bila goreng, ha takut kan. Dan ketiga..sotong liat pulak bila dah goreng tu. Resepi dan teknik yang Che Nom nak share kali ni, memang boleh elak dari ketiga-tiga perkara tu terjadi. Sotong akan bersalut elok aja bila digoreng, garing sekata dan tak meletop. Sotong pun sangat lembut bila dimakan. Tepung salutan pun sedap cukup rasa…krup krap kup krap hasilnya. //Bahasa Melayu ----------------------------------------- Bahan untuk lembutkan sotong (untuk dibilas): 400g sotong 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil baking powder Bahan untuk tepung perapan: 1 biji telur putih ½ sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada putih ½ sudu kecil serbuk lada hitam ½ sudu besar serbuk perasa Sedap 1 sudu besar sos tiram ½ sudu kecil garam 5 sudu besar tepung gandum 5 sudu besar tepung jagung Sedikit air Bahan-bahan tepung salut: 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung gandum ½-1 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar serbuk perasa Sedap 1 sudu kecil garam halus 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar tepung beras Bahan-bahan untuk sos cili Thai: 2-3 tangkai cili merah 3-4 tangkai cili padi 3 ulas bawang putih 2 cawan air 1 biji perahan jus limau nipis ATAU 4-5 sudu besar cuka makan ½ sudu kecil parutan halia 2 sudu besar sos ikan Akar ketumbar Air bancuhan tepung jagung 2-3 sudu besar gula Sedikit garam //English ------------------------------------- Ingredients for softening squid (to rinse): 400g squid 1 teaspoon salt 1 teaspoon baking powder Ingredients for marinade flour: 1 egg white ½ tablespoon chili powder 1 teaspoon white pepper powder ½ teaspoon black pepper powder ½ tablespoon Sedap seasoning powder 1 tablespoon oyster sauce ½ teaspoon salt 5 tablespoons plain flour 5 tablespoons cornstarch Some water Ingredients of coating flour: 1 cup cornstarch 1 cup wheat flour ½-1 tablespoon chili powder 1 tablespoon Sedap seasoning powder 1 teaspoon fine salt 1 teaspoon baking powder 1 tablespoon rice flour Ingredients for Thai chili sauce: 2-3 stalks red chilli 3-4 stalks birds eye chili 3 cloves garlic 2 cups water 1 squeeze of lime juice OR 4-5 tablespoons of vinegar ½ teaspoon grated ginger 2 tablespoons fish sauce Coriander root Cornstarch mixture 2-3 tablespoons sugar A little bit of salt Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook