次に

Siti Nurhaliza - Joget Berhibur(Official Lyric Video)

1,832 ビュー· 10/16/23
SuriaRecordsSRC
SuriaRecordsSRC
1,955 加入者
1,955
Music

“Cindai” merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. “Cindai” juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur”. Yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru. Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit. Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk; lagu di dalam album yang mempunyai nama yang sama dengan tajuk album. Album “Cindai” merupakan album pertama beliau bekerjasama dengan komposer dan pemuzik terkenal, Suhaimi Zain atau Pak Ngah (yang turut menerbitkan album Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur) yang berperanan sebagai penerbit album bersama Rahim Jantan dan S. Atan. Pencipta lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Hairul Anuar Harun, Siso Kopratasa, Elya Khadam dan Ibu Mursih. Album yang di lancarkan pada 17 November 1997 ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan baik serta telah terjual melebihi 120, 000 unit pada hari pertama keluarannya dan menerima pensijilan 5x platinum. Trivia tentang "Joget Berhibur: 1. Lagu ciptaan komposer Rahim Jantan dan penulis lirik terkenal Siso Kopratasa ini adalah satu daripada dua lagu baru yang digubah khas untuk album ini selain lagu "Cindai. 2. Lagu ini juga merupakan single ketiga dan terakhir yang di lancarkan dari album ini untuk tujuan promosi pada tahun 1998. 3. Muzik video untuk lagu "Joget Berhibur" telah difilemkan di Istana Lama Seri Menanti di Seri Menanti, Negeri Sembilan di mana beliau mengenakan dua busana adat tradisional Indonesia iaitu busana adat Minangkabau dan busana tradisional Jawa.

もっと見せる

 0 コメント sort   並び替え


次に