التالي

Siti Nurhaliza - Jalanan Berduri(Official Lyric Video)

2,322 المشاهدات· 05/31/21
SuriaRecordsSRC
SuriaRecordsSRC
1,955 مشتركين
1,955
في Music

“Siti Nurhaliza” ialah album studio sulung eponim Siti Nurhaliza selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995, terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996 dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit. Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff. Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini. Trivia tentang "Jalanan Berduri" Lagu ini memperlihatkan sumbangan keempat dan terakhir di dalam album ini oleh penulis lirik Hani MJ dan juga satu-satunya liriik tulisan beliau di dalam album ini yang dibuat untuk lagu yang di tulis oleh komposer lain selain Adnan Abu Hassan iaitu Peter Fam.

أظهر المزيد

 0 تعليقات sort   ترتيب حسب


التالي