Up next

Kek Batik Milo 4 bahan, sedap giler!

2,054 Views· 12/13/22
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Jom ikut Che Nom buat kek batik Milo terpaling sempoi. Dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja kita akan dapat hasilkan kek batik yang penuh dengan rasa coklat dan berlemak manis. Kek batik ni jenis yang lembut tapi masih rangup nya tu, memang terbaik rasanya. Kek batik ni tak perlukan telur dan tak perlu serbuk koko pun. Che Nom hasilkan video ni sempena cuti sekolah yang dah pun bermula, jadi boleh lah buat aktiviti masak-memasak dengan anak-anak kat rumah. Mesti best kan? Sukatan pun mudah sangat, tak perlu sukat cawan metrik, tak perlu timbang. Gerenti jadi punya. //Bahasa Melayu ---------------------------- Bahan-bahan: 1 pek/ 200g Milo 1/2 cwn/ 110g mentega 1/2 cwn/ 120ml susu pekat 1 pek/ 220g biskut marie 1/4 cwn/ 60ml air panas // English -------------------------- Ingredients: 1 pack/ 200g Milo 1/2 cup/ 110g butter 1/2 cup/120ml condensed Milk  1 pack/ 220g marie biscuit 1/4 cup/ 60ml hot water Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next