Up next

Ayam Mentega Telur Masin | Salted Egg Butter Chicken

1,703 Views· 06/25/20
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Hi Semua, kali ni kita berbali kepada menu ayam pulak. Che Nom nak masak Ayam Mentega Telur Masin, atau Salted Egg Butter Chicken. Resepi ni kira macam butter chicken jugak..tapi versi yang lain sikit sebab kita letak telur masin. Jadi hasilnya ialah ayam rangup dan lemak masin secukup rasa, tapi tak terlalu masin sebab kita ambil bahagian telur yang kuning aja. Rasanya pun tak muak…sebab ada rasa pedas dari cili api. Memang menjilat jari kalau makan ayam ni. //Bahasa Melayu ------------------------------------------ Bahan-bahan untuk perapan ayam: 400g /5 ketul kepak ayam 1 ulas bawang putih 1/2 sudu kecil serbuk jari daging/ayam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap pekat manis 1 sudu besar kicap cair 1/2 biji telur Bahan-bahan untuk menggoreng ayam: 2-3 sudu besar tepung jagung minyak masak, untuk menggoreng Bahan-bahan untuk kuah/salutan ayam: 2 sudu besar mentega sedikit minyak masak (anggaran 1 sudu kecil) 3 ulas bawang putih 4-5 tangkai cili padi 1 biji cili merah 1-2 tangkai daun kari 2 biji telur masin (kuning sahaja) 1/2 sudu kecil gula 1/2 cawan susu cair/susu full cream secubit garam //English ----------------------------------------------- Ingredients for marinated chicken: 400g / 5 chicken wings 1 clove garlic 1/2 tsp meat curry powder 1 tbsp oyster sauce 1 tbsp sweet soy sauce 1 tbsp light soy sauce 1/2 egg Ingredients for fried chicken: 2-3 tbsp cornstarch cooking oil, for frying Ingredients for gravy / chicken coating: 2 tbsp butter a little cooking oil (about 1 tsp) 3 cloves garlic 4-5 bird s eye chilli 1 red chilli 1-2 stalks curry leaves 2 salted eggs (egg yolk only) 1/2 tsp sugar 1/2 cup evaporated milk / full cream milk a pinch of salt Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom #resepimudah #chenomskitchen

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next