Laksa Utara Resepi Mak Che Nom
Kali ni Che Nom nak masak menu special resepi dari bonda Che Nom sendiri iaitu laksa utara versi laksa kedah. Masakan ni tak terlalu rumit dan tak guna bahan yang banyak sangat.Cuma yang penting..bahan-bahan nya nya mestilah fresh, terutama sekali ikan. Che Nom biasanya akan masak kalau ada ikan kembung yang fresh, yang belum masuk peti beku lagi sbb manis semulajadi ikan tu yang akan sedapkan kuah laksa. Resepi laksa Kedah ni lah yang mak Che Nom masak untuk buat jualan lama dulu. //Bahasa Melayu ---------------------------------------- Bahan-bahan untuk ikan rebus: 1 kilo ikan kembung/selayang(sardin) 1 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 keping asam gelugur Air secukupnya Bahan untuk kisar halus: 4-5 biji bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 15-20 biji cili kering ½ mangkuk kecil ikan bilis sedikit air panas 1 inci belacan Bahan-bahan lain untuk kuah: 1 batang bunga kantan 1 ikat daun kesum 2 keping asam gelugur Air secukupnya untuk kisar Bahan-bahan sampingan: 1 batang timun 2 biji bawang besar Cili padi Daun salad Telur rebus Limau nipis //English -------------------------------------- Ingredients for boiled fish: 1 kilo of mackerel/scad fish 1 shallot 2 cloves garlic 2 pieces tamarind slice Ingredients for fine grind: 4-5 shallots 3 cloves garlic 1 red onion 15-20 dried red chillis ½ small bowl of anchovies Some hot water 1 inch fermented shrimp paste Other ingredients for gravy: 1 stalk of torch ginger flowers 1 bunch of vietnamese coriander leaves 2 pieces of tamarind slice Enough water to grind By-products: 1 cucumber 2 red onions Bird s eye chilli Salad leaves Boiled eggs Lime Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom #laksa