Up next

Sup Ayam Thai serius kena cuba.

2,701 Views· 01/04/22
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Kali ini Che Nom nak masak makanan yang ringkas, tapi cukup sedap iaitu Sup ayam ala Thai. Beza sup ayam ni dengan sup ayam yg biasa tu ialah, sup nya lebih kepada rasa masam, tidak terlalu banyak rempah, tapi rasa sedap kuah tu datang dari bahan-bahan fresh yang bagi Che Nom wajib ada lah kalau nak masak sup ayam style macam ni. Kena ada daun ketumbar, daun limau purut, serai, dan batang saderi atau celery. Memang refreshing rasa sup nya. Kita perlu tumis bahan-bahan sampai naik bau dan masak ayam sehingga kecut atau separuh masak, minyak ayam akan keluar, dgn cara ni, ayam lebih menyerap rasa dan lebih sedap isinya. Kuah sup pun jadi lebih sedap juga lah. Kalau tekak rasa kurang sedap, kurang sihat kena sangat dengan sup ayam ala Thai ni. //Bahasa Melayu -------------------------------------- Bahan-bahan rempah tumis: 1 batang kayu manis 4 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 cengkih 1 sudu besar lada hitam biji Bahan-bahan lain: 3-4 sudu besar minyak masak 1-2 biji bawang merah 4-5 ulas bawang putih 1 inci halia 1 batang serai Daun ketumbar 1.4 kilo/ 1 ekor ayam 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 batang lobak merah 1 batang saderi Air secukupnya 1 ketul kiub ayam 2 sudu besar sos ikan 2 helai daun limau purut ½ biji bawang holland 10 tangkai cili padi 1-2 biji tomato Garam, secukup rasa Limau nipis Bahan-bahan untuk sambal belacan: 2-3 biji cili merah 10 tangkai cili padi 3 ulas bawang putih ½ biji bawang holland ½ biji tomato 1 inci belacan 1-2 sudu kecil gula ½ sudu besar serbuk perasa Sedikit air Garam, secukup rasa Jus limau nipis, secukup rasa //English -------------------------------------- Ingredients for spices: 1 stick cinnamon 4 cardamom pods 2 star anise 3 cloves 1 tablespoon black pepper pods Other ingredients: 3-4 tablespoons cooking oil 1-2 shallots 4-5 cloves garlic 1 inch ginger 1 stalk lemongrass Cilantro 1.4 kilos/ 1 whole chicken 1 tablespoon coriander powder 1 carrot 1 stalk of celery Enough water 1 chicken stock cube 2 tablespoons fish sauce 2 pieces kaffir lime leaves ½ yellow onion 10 stalks bird s eye chili 1-2 tomato Salt, to taste Lime Ingredients for sambal belacan: 2-3 red chillies 10 stalks bird s eye chili 3 cloves garlic ½ yellow onion ½ tomato 1 inch belacan 1-2 teaspoons sugar ½ tablespoon seasoning powder (MSG) A little water Salt, to taste Lime juice, to taste Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next