Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai | Giveaway Stoneline
Kali ni kita ke Bangkok Thailand, mencuba menu street food yang tersangat famous di sana iaitu Pad Gaprao (atau Pad Kra Pao) Gai Kai Dao..atau Ayam Stir Fry Daun Selasih dengan Telur Goreng. Menu ni mudah aja nak sediakan,.tapi kena ada satu bahan paling penting iaitu daun selasih atau Thai holy basil. Kalau takde..mmg tak jadi…Dan memang Che Nom tak sangka lah dengan 1 bahan ni boleh ubah menu yang simple terus jadi special. Bau dan rasa peppery daun tu betul-betul menaikkan selera. Ada rasa pedas, rasa bawang putih…Dipadankan pulak dengan telur goreng..Che Nom makan bersama dengan teh ais yang diimport dari Thailand. //Bahasa Melayu -------------------------------------- Bahan-bahan: 2-3 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih 3-5 tangkai cili padi merah 1 tangkai cili merah 1 isi ayam bahagian dada ½ sudu kecil lada sulah 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos ikan 2-3 sudu besar kicap pekat manis ¼ sudu kecil gula 1 genggam daun selasih 2 biji telur minyak untuk menggoreng telur Bahan-bahan untuk teh ais: 2 sudu besar serbuk teh ½ gelas air panas 2-3 sudu besar susu pekat 2 sudu besar susu cair secubit garam ketulan ais secukupnya //English --------------------------------------- Ingredients: 2-3 tablespoon cooking oil 3 cloves garlic 3-5 stalks of red bird s eye chilli 1 red chilli 1 chicken breast ½ teaspoon white pepper powder 1 tablespoon oyster sauce 1 tablespoon light soy sauce 1 tablespoon Thai fish sauce 2-3 tablespoon sweetened soy sauce ¼ teaspoon sugar 1 handful of Thai holy basil leaves 2 eggs enough oil, for frying eggs Ingredients for iced tea: 2 tablespoons tea powder ½ glass hot water 2-3 tablespoon sweet condensed milk 2 tablespoon evaporated milk a pinch of salt enough ice cubes Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom #padkrapao #padgaprao