Siti Nurhaliza - Jawapan Di Persimpangan(Official Lyric Video)
“Siti Nurhaliza” ialah album studio sulung eponim Siti Nurhaliza selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995, terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996 dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit. Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff. Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini. Trivia menarik tentang "Jawapan Di Persimpangan" 1. "Jawapan Di Persimpangan" adalah salah satu daripada lagu ciptaan Adnan Abu Hassan yang di muatkan di dalam album ini di mana liriknya di tulis oleh Othman Zainuddin & Hazida 2. Merupakan single pertama yang di pilih untuk mempromosikan album sulung Siti Nurhaliza 3. Single sulung ini berjaya menempa tempat di dalam senarai Top 10 program Muzik Muzik 1996 dengan menduduki tangga ke-8