Up next

Cara-Cara Masak Nasi Ayam Legend yang Menjadi Rujukan Ramai

3,166 Views· 07/04/19
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Kali ini kita lihat satu resepi istimewa iaitu Resepi Nasi Ayam, yang dah lama dikongsikan di website Che Nom iaitu iresipi.com lebih kurang 5 tahun dulu dan mendapat feedback yang sangat bagus. Ada juga yang gunakan resepi ini untuk berniaga. Prosesnya ada 5 bahagian iaitu penyediaan air rebusan ayam dan perapan, penyediaan nasi, penyedia sos dan kicap, penyediaan sup, penyediaan ayam goreng madu dan yang akhir sekali adalah penyediaan sayur-sayuran. Hidangan adalah anggaran untuk 1 ekor ayam. ------------------------------------------------------------- Bahan perap : 2 sudu besar sos tiram Bahan tumbuk halus 1 sudu besar kicap manis + 1 sudu besar kicap cair Bahan untuk nasi ayam: 1/2 senduk mentega 1 kayu manis 5 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 2 helai daun pandan 1 batang serai 3 cawan beras 4 1/2 cawan air rebusan ayam Sedikit garam 1 sudu kecil serbuk kunyit Bahan untuk sos: 6-8 biji cili merah 6 biji cili api Bahan tumbuk halus 2 sudu besar cuka Garam Gula Sedikit air rebusan ayam Bahan untuk kicap: air lebihan perapan ayam 1 mangkuk kecil kicap manis Sedikit air rebusan ayam Bahan untuk sup: Lebihan air rebusan ayam Tulang ayam (jika suka) Karot Kentang 1 biji bawang besar yg dikisar 1 sup bunjut 1 sudu kecil lada putih Garam Gula Daun sup Daun bawang Bahan bahan untuk goreng ayam: Minyak untuk menggoreng Ayam yang diperap Sedikit madu Bahan-bahan untuk hiasan: Tomato Timun Salad Daun sup Daun bawang Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next