Up next

Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

3,152 Views· 08/26/22
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Kali ni kita masak sempoi je, yang sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk tapi tak tahu nak masak apa untuk keluarga dan sesuai juga untuk dapur bujang iaitu Sup ayam. Sedap sangat kalau makan panas-panas waktu kurang sihat atau tak ada selera. Che Nom akan share cara yang selalu masak kat rumah, walaupun sikit bahan-bahan nya, tapi kita olah biar lebih mantap rasanya. Yang penting, sup perlu reneh perlahan supaya keluar semua rasa terutama dari sum-sum tulang ayam tu. Sedap kalau makan dengan nasi panas atau pun bubur nasi. // Bahasa Melayu -------------------------- Bahan-bahan: 3 biji bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 1 inci halia 3 sb minyak masak Sup bunjut 1/2 ekor ayam 1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam Air secukupnya 1/2-1 batang lobak merah 2 biji kentang Daun sup 1/2 kiub pati ayam Garam secukup rasa // English ----------------------- Ingredients: 3 indian shallots 3 cloves garlic 1 inch ginger 3 tbsp cooking oil Soup spices 1/2 chicken 1/2 tbsp white pepper or black pepper Enough water 1/2 -1 carrot 2 potatoes Celery leaves 1 cube chicken stock Salt to taste +++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Bahan Sup Bunjut: 1 inci batang kayu manis - pecahkan 2 kuntum bunga lawang - leraikan 3 biji pelaga - pecahkan 3 kuntum cengkih 1/2 sb lada hitam** 1 sb biji ketumbar** 1 sk jintan manis** 1/4 sk kas-kas (optional) //Nota: Tumbuk kasar bahan ** Balut dengan kain kasa dan ikat benang putih ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next