Cucur Ikan Bilis | Rangup krup krap, lembut di dalam
Dah lama rasanya tak share resepi cucur. Sebab Che Nom ni bukannya pandai sangat buat cucur goreng. Kebetulan resepi ni dikongsi oleh ibu saudara CN iaitu Umi Jun. Ada tips special untuk hasilkan cucur bilis yang sedap. Bila cuba, hasilnya memang garing di luar, lembut di dalam dan memang sedap cucur ikan bilis ni. Che Nom pula memang suka kalau cucur goreng yang ada banyak bahan-bahan macam sayur, jadi bila kita makan tu meriah rasa dia dan tekstur pun jadi tak terlalu padat. Cara kita menggoreng tu pun boleh mempengaruhi hasil kerangupan cucur ikan bilis ni…boleh tengok dalam video ni ye. Follow di social media: Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook //Bahasa Melayu ----------------------------- 2 ½ cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung beras 1 batang jagung 2 tangkai cili merah ½ - 1 biji bawang besar 1 batang kecil lobak merah 1 mangkuk ikan bilis 1 ikat daun kuchai 3 cawan air suam panas (jangan guna air panas menggelegak & boleh kurangkan kepada 2 ½ cawan) 1 sudu kecil garam Sedikit gula ½ kiub pati ikan bilis (opsyenal) //English ---------------------------- 2 ½ cups plain flour 2 tablespoons rice flour 1 stalk of corn 2 red chilli ½ - 1 red or yellow onion 1 small stick of carrot 1 bowl dried anchovies 1 bunch of chives 3 cups warm water (do not use boiling hot water & you may reduce to 2 ½ cups) 1 teaspoon of salt A little sugar ½ anchovy stock cube (optional) Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom