Apam Gula Hangus sukatan cawan
Kali ni kita beralih pada resepi kuih muih kuih tradisi pula iaitu apam gula hangus, yang dimasak dengan cara mengukus. Buat peminat-peminat kuih atau kek yg berasakan gula hangus, jom lah cuba sebab tak susah pun. Kuih kegemaran orang-orang lama ni. Cuma kena tau teknik yang betul untuk hasilkan sirap gula hangus, kerana sirap inilah yang menentukan rasa kuih kita nanti…dan juga beri perhatian pada proses dan tips sepanjang nak hasilkan kuih ni. **Anggaran Hasil : 24-26 biji kuih //Bahasa Melayu --------------------------------- 1½ cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 1 cawan gula pasir 1 cawan air panas ½ cawan minyak jagung 2 sudu besar majerin atau mentega 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 3 sudu besar susu pekat Kukus selama 15-20 minit //English --------------------------------- 1½ cup plain flour 1 teaspoon baking soda 1 cup white sugar 1 cup hot water ½ cup corn oil 2 tablespoons margarine or butter 2 eggs 1 teaspoon vanilla essence 3 tablespoons condensed milk Steam for 15-20 minutes Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom