Up next

Soto Ayam Istimewa | Adunan Rempah Yang Sedap dan Lengkap

2,556 Views· 06/16/19
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom yang share resepi ni. Cara penyediaan tak susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan. Kalau time raya atau open house boleh la dihidangkan Soto Ayam untuk tetamu istimewa anda. Soto Ayam juga harus dipadankan bersama Begedil. Bahan-bahan untuk Kuah Soto: 1/4 ekor ayam 1 kiub pati ayam 1/2 mangkuk kecil santan garam secukup rasa Kisar halus: 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 inci halia 1 ketul kunyit hidup 2 batang serai Bahan Rempah Tumis: 1 batang kayu manis 3 kuntum bunga lawang 4 kuntum cengkih 5 biji buah pelaga 1 sudu besar jintan manis 1sudu besar jintam putih 1 sudu besar lada putih/lada sulah Bahan-bahan cili kicap: segenggam cili padi 4 ulas bawang putih 1 mangkuk kicap manis jus perahan limau kasturi Bahan-bahan hiasan dan taburan: daun sup cili merah bawang goreng suhun goreng limau kasturi taugeh nasi impit/mee/bihun Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next