Up next

Cara buat Kuih Bom Bijan yang bulat cantik, rangup diluar dan sangat lembut di dalam.

3,498 Views· 10/20/22
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu dicampur bersama dengan tepung gandum, dan kemudian digaul air biasa, tapi resepi kali ini agak berbeza sikit. Hanya perlu gunakan satu jenis tepung iaitu tepung pulut dan dibancuh dengan air panas. Hasilnya tekstur doh tu lebih kenyal dan mudah mengembang bila goreng. Kita akan dapat kuih bom bijan yang rangup di luar dan kenyal lembut aja. Tidak perlu tambah ubi kentang ataupun keledek. Bila sudah lepas menggoreng, kuih akan kekal jadi bulat sekata serta tidak mudah kempis. Resepi asal dari YT channel Magic Ingredients. Bahan-sangat lah mudah, tetapi kita perlu beri lebih perhatian kepada Teknik pembuatannya. Selamat mencuba! Link untuk homemade pes kacang merah https://youtu.be/wed78-7RpAY //Bahasa Melayu ------------------------- Bahan-bahan: 2 cawan / 240g tepung pulut 1/2 sk garam 1 cawan / 237ml air 1/3 cawan / 70g gula 2 sk minyak masak Inti kacang merah Bijan //English ------------------------- Ingredients: 2 cups / 240g glutinous rice flour 1/2 tsp salt 1 cup / 237 ml water 1/3 cup / 70g sugar 2 tsp cooking oil Red bean paste Sesame seeds Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom, #kuihmelayu ,#kuihmuih

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next