Up next

Kuih Puteri Ayu | Seri Ayu lembut gebu

3,903 Views· 04/12/22
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Kali ni jom kita tengok cara untuk buat antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, kuih yang selalu dibuat berniaga dan kuih yang wajib dijual waktu bulan puasa, kuih puteri ayu atau kuih seri ayu nama diberi.Che Nom akan tunjuk cara bermula dari penyediaan bahagian kelapa…yang kita perlu tekan rapat dan kukus. Kemudian tunjuk pulak cara untuk buat yang bahagian gebu bahagian hijau pula..Kuih ni sangat gebu, lembut dan wangi pandan tu memang harum sangat. Rasa pun bagi Che Nom manis tu sedang elok saja, kena lah sangat dengan bahagian kelapa bila dimakan. Anggaran hasil : 40 biji //Bahasa Melayu ---------------------------------------- Bahan-bahan lapisan hijau: 2 biji telur saiz A 1 cawan /200g gula kastor 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil pewarna hijau ¼ cawan /60ml jus pandan ¾ cawan /190ml santan kotak 1 ½ cawan /190g tepung gandum ½ cawan /60g tepung jagung (**boleh terus guna 2 cawan tepung gandum tanpa tepung jagung) 1 sudu kecil serbuk penaik Bahan-bahan untuk lapisan kelapa: 2 cawan kelapa parut 1 sudu besar tepung ubi 1 sudu kecil garam halus (letak sikit2 dan rasa) Ingredients for green layer: 2 eggs size A 1 cup / 200g castor sugar 1 teaspoon ovalette 1 teaspoon green food colouring ¼ cup /60ml pandan juice ¾ cup /190ml boxed coconut milk 1 ½ cup /190g plain flour ½ cup /60g corn starch (**you may use 2 cups plain flour and skipped cornstarch) 1 teaspoon baking powder Ingredients for coconut layer: 2 cups grated coconut 1 tablespoon tapioca starch 1 teaspoons fine salt (add gradually and taste) Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next