Up next

Rahsia Char Kuey Teow Padu Terbongkar

4,890 Views· 02/18/20
Che Nom
Che Nom
1,684 Subscribers
1,684
In Food

Kali ni Che Nom nak share cara masak Char Kuey Teow versi berkuah/basah macam yg biasa dimasak kat gerai-gerai Melayu di Penang. Cara ni memang berbeza dgn CKT asal Chinese style. Mcm mana terhasil versi kuah basah ni…CN pun kurang pasti, tapi memang sedap lah rasanya. Kalau rindu nk makan CKT tu, tapi nk cuba masak kat rumah utk makan dgn family/kawan-kawan, jom ikut resepi Che Nom. ANGGARAN MAKAN: 5 ORANG Bahan-bahan kisar halus(A) : 6 ulas bawang putih 3-4 biji bawang merah sedikit air Bahan-bahan air rebusan(B) : Kulit udang (dari 10-15 ekor udang) anggaran 3 cawan air Bahan-bahan untuk sos char kuey teow: Sedikit minyak utk menumis Bahan (A) 2 senduk cili kisar 1/4 cawan kicap manis 6 sudu besar kicap cair 4 susu besar sos tiram Bahan (B) 1 kiub ikan bilis 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde) garam gula Bahan-bahan untuk char kuey teow: sedikit minyak 1 pek kuey teow (jenis halus) 1 ikat kuchai 1 mangkuk taugeh telur Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more

 0 Comments sort   Sort By


Up next