Sambal Penyet Berapi, Murah Dan Senang Buat Sendiri
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan bantu memudahkan kerja mak-mak di dapur atau pun juga sebagai penyelamat dapur bujang, iaitu Sambal Penyet. Mula-mula kita potong cili dan bahan-bahan lain untuk digoreng goreng smpai layu. Kemudian kisar dan tumis sampai sambal masak pekat dan pecah minyak. Dari dulu lagi memang Che Nom akan sentiasa masak sambal penyet dan botolkan sebab senang nak makan bersama nasi. Sambal ni boleh juga di guna untuk masak macam-macam. Memang menjimatkan masa. Kadang-kadang Che Nom akan pek kecil dan simpan di freezer, ketahanannya berbulan-bulan. Rasa sambal peneyt ni memang sedap, pedas dan padu. // Bahasa Melayu ------------------------ Bahan-bahan: 25-30 biji / 500g cili merah besar 60 biji / 300g cili padi merah 4-5 biji bawang merah 4 biji tomato 1 labu / 12 ulas bawang putih 3 inci belacan 2 sb gula Garam secukup rasa 1 sb serbuk seasoning //English ------------------------ Ingredients: 25-30 stalks / 500g red chili 60g stalks / 300g red bird s eye chilli 4-5 red onions 4 tomatoes 1 head /12 cloves garlic 3 inches fermented shrimp paste 2 tbsp sugar Salt to taste 1 tbsp seasoning powder Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom